Monthly Archives: July 2020

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH (IBU BAPA)

GARIS PANDUAN

Pelibatan Ibu Bapa/Penjaga

 Ibu bapa/penjaga boleh dilibatkan melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) bagi

  1. meningkatkan kesedaran dan kefahaman berkaitan penularan jangkitan COVID-19:
  2. memberi kesedaran kepada anak/anak jagaan berkaitan penjarakan sosial sebelum,
    semasa dan selepas menaiki kenderaan;
  3. menasihati anak/anak jagaan supaya tidak berjabat tangan (bersalaman) atau bersentuhan antara satu sama lain sama ada guru, rakan-rakan atau orang sekeliling;
  4. menasihati anak/anak jagaan supaya sentiasa mengamalkan kebersihan sebelum dan selepas makan;
  5. menggalakkan ibu bapa/penjaga sendiri yang menghantar dan mengambil anak/anak jagaan;
  6. menyarankan ibu bapa/penjaga menyediakan makanan dan minuman dari rumah untuk anak/anak jagaan bagi mengurangkan pergerakan dan kesesakan di kantin;
  7. memastikan anak/anak jagaan mengambil sarapan yang sesuai sebelum hadir ke sekolah;
  8. menasihati anak/anak jagaan agar tidak berkongsi makanan dan minuman dengan murid lain; dan
  9. menjaga kebersihan dan keselamatan anak/anak jagaan sebelum dan selepas pulang dari sekolah dengan kerap membasuh tangan dan mandi.