PERMOHONAN KEMASUKAN KANAK-KANAK (WARGANEGARA) KE TAHUN SATU SESI PERSEKOLAHAN 2020 & 2021 SEKOLAH CBN1 SECARA ATAS TALIAN (ONLINE)

Capture

LAMAN SESAWANG:

https://public.moe.gov.my

Tarikh Daftar Online

1 Mac hingga 30 April 2019
1 Mei hingga 15 Disember 2019
(LEWAT)

Tahun Kelahiran
Sesi Persekolahan 2020
Lahir pada 2 Januari 2013-1 Januari 2014

Sesi Persekolahan 2021
Lahir pada 2 Januari 2014-1 Januari 2015

KEPUTUSAN PENEMPATAN
1 OGOS 2019

RAYUAN DIBUKA
1 OGOS – 30 OGOS 2019

KEPUTUSAN RAYUAN
1 OKTOBER 2019

Tindakan Ibu/Bapa/Penjaga
Setelah daftar online, sila hadir ke sekolah untuk perakuan permohonan dan bawa dokumen berikut (asal dan salinan)

1. Borang Permohonan Tahun Satu dicetak dari Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT)
2. Sijil Lahir / Sijil Anak Angkat
3. Kad Pengenalan Ibu dan Bapa / Penjaga
4. Sijil Nikah / Sijil daftar Perkahwinan
5. Surat Cerai dan Perintah Hak Jagaan Anak (Hadhanah/Custody) – Jika berkenaan
6. Bil Utiliti-TNB/Syabas/Telefon/Perjanjian Sewa (Sebagai bukti alamat tempat tinggal),
7. Sampul surat beralamat sendiri berserta setem

Nota tambahan
Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari hingga 15 Januari 2014 layak memohon Kemasukan Awal ke Tahun Satu dengan mengemukakan permohonan secara manual ke
Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur mulai 1 Jun 2019 hingga 31 Julai 2019.