Jogathon CBN1 – 2019

banner

1. Jogathon ini dikelolakan oleh PIBG dengan kerjasama unit kokurikulum SK Convent (1) Bukit Nanas, Kuala Lumpur.

2. Objektif/Tujuan:
- Menampung perbelanjaan aktiviti pembangunan pelajar.
- Memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran murid.
- Mengalakkan warga sekolah untuk mengamalkan gaya hidup sihat.
- Menambah dana PIBG.

3. Pelancaran program kutipan bermula pada 13 Mei 2019 hingga
26 Julai 2019 dan majlis penutupan serta penyampaian hadiah akan
diadakan pada 27 Julai 2019.

4. Pungutan derma minima ialah sebanyak RM100.00 seorang.

5. Hadiah-hadiah yang akan disediakan adalah seperti berikut:
a. 12 hadiah bagi kutipan tertinggi.
b. 20 Trofi / Medal untuk tempat pertama hingga ke-20 bagi
Pertandingan Larian Jogathon.

 

 

6. Penganjur telah menetapkan langkah-langkah keselamatan bagi
menjayakan aktiviti ini, walau bagaimanapun peserta harus
mengutamakan keselamatan sendiri.

7. Kad kutipan sumbangan telah diedarkan kepada murid (per keluarga)

8. Peringatan :
a. Kad kutipan tidak boleh dibuat salinan fotokopi.
b. Semua kad kutipan dan wang pungutan hendaklah diserahkan
kepada Guru Kelas sebelum atau pada 26 Julai 2019.
c. Kad yang hilang akan didenda RM100.00 (sila sertakan
Salinan laporan polis).

Sumbangan ikhlas dan keperihatinan Tuan / Puan amat dihargai.