GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH (IBU BAPA)

GARIS PANDUAN

Pelibatan Ibu Bapa/Penjaga

 Ibu bapa/penjaga boleh dilibatkan melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) bagi

  1. meningkatkan kesedaran dan kefahaman berkaitan penularan jangkitan COVID-19:
  2. memberi kesedaran kepada anak/anak jagaan berkaitan penjarakan sosial sebelum,
    semasa dan selepas menaiki kenderaan;
  3. menasihati anak/anak jagaan supaya tidak berjabat tangan (bersalaman) atau bersentuhan antara satu sama lain sama ada guru, rakan-rakan atau orang sekeliling;
  4. menasihati anak/anak jagaan supaya sentiasa mengamalkan kebersihan sebelum dan selepas makan;
  5. menggalakkan ibu bapa/penjaga sendiri yang menghantar dan mengambil anak/anak jagaan;
  6. menyarankan ibu bapa/penjaga menyediakan makanan dan minuman dari rumah untuk anak/anak jagaan bagi mengurangkan pergerakan dan kesesakan di kantin;
  7. memastikan anak/anak jagaan mengambil sarapan yang sesuai sebelum hadir ke sekolah;
  8. menasihati anak/anak jagaan agar tidak berkongsi makanan dan minuman dengan murid lain; dan
  9. menjaga kebersihan dan keselamatan anak/anak jagaan sebelum dan selepas pulang dari sekolah dengan kerap membasuh tangan dan mandi.

  1. membantu pihak sekolah membuat tanda penjarakan sosial dan mengawal pergerakan murid semasa datang, rehat dan balik serta mengikut keperluan pihak sekolah; dan

2.1.Pelibatan Ibu Bapa/Penjaga Ibu bapa/penjaga boleh membantu pihak IPS dengan:

2.1.1.memastikan anak/anak jagaan dibekalkan dengan pelitup muka;

2.1.2.mengingatkan anak/anak jagaan berkenaan penjarakan sosial dan kebersihan
semasa di IPS;

2.1.3.memantau tahap kesihatan anak/anak jagaan, dan memaklumkan kepada IPS sekiranya bergejala serta mendapatkan konsultasi kesihatan;

2.1.4.tidak menghantar anak/anak jagaan ke IPS sekiranya bergejala; dan

2.1.5. mematuhi peraturan yang dikeluarkan oleh KKM, KPM dan pihak IPS; dan

2.1.6.Ibu bapa digalakkan membekalkan wet tissue/tuala tangan, hand sanitizer serta face mask kepada anak-anak.