KESELAMATAN FIZIKAL PERALATAN ICT


KESELAMATAN FIZIKAL PERALATAN ICT
1 Setiap komputer atau notebook mestilah mempunyai kata laluan yang kukuh.
2 Setiap komputer dan notebook mestilah dilakukan pengemaskinian patches dan services pack Microsoft Windows yang terkini;
3 Setiap komputer dan notebook hendaklah menggunakan perisian yang sah seperti antivirus, sistem pengoperasian dan lain-lain;

4 Setiap komputer dan notebook telah disediakan nama komputer oleh Sektor Pengurusan Maklumat / pihak sekolah dan anda dilarang mengubah atau meminda nama komputer dan konfigurasi dalam komputer tersebut.
5 Pastikan perkakasan ICT pejabat tidak digunakan oleh orang yang tidak berkenaan dan hanya untuk urusan rasmi sahaja.
6 Dilarang menggunakan alat penyambung kuasa elektrik bagi berbagai peralatan. Bekalan kuasa elektrik yang tidak stabil akan merosakkan komputer.
7 Pastikan komputer atau notebook tidak terdedah secara terus kepada pancaran matahari/haba dan elakkan komputer daripada kawasan tarikan kuasa magnet serta kuasa voltan yang tinggi.
8 Pastikan bekalan punca elektrik ditutup semasa penyambungan peralatan komputer dan aksesorinya atau setelah selesai penggunaannya.
9 Pastikan komputer atau notebook diletakkan di tempat dingin dan kering persekitarannya serta di tempat yang selamat.
10 Konfigurasikan komputer atau notebook kepada sleeping mode jika tidak digunakan secara berterusan.
11 Tamatkan aplikasi tanpa tindakbalas (not responding) dengan kekunci Ctrl-Alt-Del jika komputer gagal berfungsi dengan baik seperti hang.
12 Pastikan komputer atau notebook mempunyai sistem masa dan tarikh yang betul untuk tujuan audit dan penghantaran emel.
13 Sentiasa keluar daripada tetingkap (windows) atau mematikan komputer dengan cara yang betul bagi mencegah ralat sistem. Tidak dibenarkan mematikan komputer secara fizikal iaitu dengan menutup suis atau mencabut plug dengan begitu sahaja.
14 Dilarang menghentak/mengetuk dengan apa cara sekalipun sama ada sengaja atau tidak sengaja ke atas komputer, notebook atau sebarang perkakasan ICT.
15 Sentiasa mempunyai salinan pendua (backup) bagi data-data penting yang terdapat di dalam komputer.
16 Anda adalah dilarang membaiki sebarang kerosakan terhadap perkakasan ICT tanpa kebenaran bagi mengelakkan kehilangan terus maklumat yang tersimpan di dalamnya.
17 Anda tidak dibenarkan menggunakan ID Administrator dan tidak dibenarkan membuang instalasi (uninstall)mana-mana perisian yang telah dipasang.
18 Apabila anda tidak menggunakan komputer atau notebook buat sementara waktu, maka lock computerhendaklah dilakukan.