SISTEM Aplikasi U&Me Messenger InfoPIBG CBN ONE

U&Me Adv

 

 

PERKHIDMATAN SISTEM APLIKASI U&Me Messenger InfoPIBG CBN1

 

 

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak PIBG SK Convent (1) BUKIT NANAS kini telah melanggan sistem aplikasi telefon pintar yang dikenali sebagai U&Me Messenger. Sistem aplikasi ini bagi menggantikan perkhidmatan SMS yang sedia ada.

Aplikasi U&Me Messenger boleh di muat turun secara PERCUMA di Play Store bagi pengguna telefon pintar Android, Apps Store bagi pengguna iPhone dan juga Windows Store bagi pengguna Windows Mobile. Tiada sebarang pembayaran akan dikenakan dan segala kos adalah ditanggung sepenuhnya oleh PIBG SK Convent (1) Bukit Nanas.

Sistem aplikasi U&ME Messenger InfoPIBG CBN 1 ini juga merupakan satu medium tambahan untuk penghebahan maklumat dan dikenal pasti sebagai alternatif terbaik dari pihak PIBG kepada ibu bapa / penjaga dalam memastikan tiada lagi masalah penerimaan maklumat dan pada masa yang sama kita dapat memantau segala kegiatan para pelajar secara bersama dalam melahirkan anak-anak yang berkaliber dan bersahsiah dalam bidang akademik serta kokurikulum.

Seandainya tuan-tuan dan puan-puan tiada akses kepada capaian internet mudah alih atau tiada telefon pintar, mesej daripada aplikasi U&M Messenger akan dihantar ke telefon mudah alih tuan-tuan dan puan-puan sebagai pesanan ringkas (SMS) secara percuma.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan semua, sebelum ini pihak sekolah melalui PIBG perlu membelanjakan sekurang-kurangnya 10sen bagi setiap satu SMS yang di hantar kepada pihak tuan-tuan dan puan-puan.

 

New Picture