ZumbaTHON 2015

Zumba

 

 

Dapatkan baju Zumbathon 2015 !!!
Hanya RM 15.00 Sahaja
T-Shirt MockUp_Front T-Shirt MockUp_Back
Kanak-kanak
RM15.00

Dewasa
RM25.00

1. Zumbathon ini dikelolakan oleh PIBG dengan kerjasama unit ko-kurikulum SK Convent (1) Bukit Nanas, Kuala Lumpur.

2. Objektif/Tujuan:

  • Menampung perbelanjaan aktiviti pembangunan pelajar.
  • Memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran murid.
  • Mengalakkan warga sekolah untuk mengamalkan gaya hidup sihat.
  • Mengisi Tabung PIBG untuk aktiviti-aktiviti dan kebajikan murid-murid.

3. Pelancaran program kutipan bermula pada 16 Febuari 2015 hingga 13 Mac 2015 dan majlis penutup serta cabutan bertuah akan diadakan pada 13 Mac 2015.

4. Pungutan derma minima adalah RM50.00 seorang.

5. Hadiah-hadiah akan disediakan kepada pengumpul-pengumpul derma seperti berikut:

  • Hadiah sebuah komputer riba untuk kutipan paling tertinggi.
  • Hadiah sebuah tablet untuk kutipan kedua tertinggi.
  • Hadiah tiga buah telefon pintar untuk kutipan ketiga, keempat & kelima tertinggi.
  • Hadiah tiga buah kamera untuk kutipan keenam, ketujuh & kelapan tertinggi.
  • Hadiah dua buah jam tangan untuk kutipan kesembilan & kesepuluh tertinggi.
  • Hadiah tiga buah hamper untuk kutipan kelas pertama, kedua dan ketiga tertinggi.

6. Penganjur telah menetapkan langkah-langkah keselamatan bagi menjayakan aktiviti ini, walaubagaimanapun peserta harus mengutamakan keselamatan sendiri.

7. Peringatan:

  • Kad Zumbathon ini tidak boleh dibuat salinan fotokopi
  • Semua kad kutipan dan wang pungutan hendaklah diserahkan kepada Guru Kelas sebelum atau pada 10 Mac 2015.
  • Kad yang hilang akan didenda RM50.00. (Sila sertakan salinan laporan polis)

8. Kad (kutipan) Zumbathon telah diedarkan kepada murid-murid