UJIAN PERMATA PINTAR UKM1 – 2017

UJIAN UKM1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sesuai digunakan untuk menyaring darjah kecerdasan (IQ) pelajar dari umur 8 hingga 15 tahun yang dijalankan sejak tahun 2009. Ujian terbuka ini boleh diambil mulai 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun . Ujian ini adalah sebahagian usaha pencarian dan pengurusan bakat intelek semula jadi dalam yang dikendalikan oleh Pusat PERMATApintar Negara http://www.ukm.my/permatapintar dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia http://www.moe.gov.my, Jabatan Pedidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Sekolah, dan Maktab Rendah Sains Mara.
Sila layari http://ukm1.permatapintar.edu.my untuk mengambil Ujian PERMATApintar UKM1.

Ujian UKM1 merupakan ujian saringan pertama untuk menyertai program-program berikut:
1) TAKWIM dan SENARAI CUTI SEKOLAH PELAJAR KOLEJ PERMATApintar SEMPENA PERAYAAN 2017 (TAHUN BARU CINA, HARI RAYA AIDILFITRI dan DEEPAVALI)
2) Tentatif Hari Pendaftaran Pelajar Baharu 2017 dan Sepanjang Minggu Orientasi Pelajar Baru Kolej PERMATApintar 2017

Ujian dalam talian ini adalah percuma dan boleh diambil terus tanpa halangan birokrasi di sekolah, rumah dan lain-lain tempat yang mempunyai kemudahan Internet dengan membuka alamat http://ukm1.permatapintar.edu.my/default.01.aspx. Pelajar hanya perlu tahu perkara-perkara asas penggunaan komputer seperti menggunakan tetikus dan papan kekunci. Sekiranya pelajar berhenti atau talian terputus, maka pelajar boleh menyambung semula ujian di waktu yang lain sehingga tamat. Pelajar telah menamatkan ujian boleh mendapatkan Sijil Penyertaan Ujian Pencarian Bakat UKM1 Peringkat Kebangsaan Tahun 2017. Sila masukkan nombor mykad/mykid anda di laman web http://ukm1.permatapintar.edu.my/default.01.aspx . Sila pastikan kod sekolah adalah betul sebelum dicetak. Pelajar juga boleh mengemaskini maklumat dan mencetak semula sijil penyertaan jika terdapat kesilapan di alamat http://pelajar.permatapintar.edu.my

NOTA PENTING

1. Bagi pelajar yang pernah mengambil ujian UKM1 pada tahun-tahun yang lepas, setelah memasukkan nombor mykad/mykid, anda hanya perlu mengemaskini maklumat pelajar, maklumat sekolah (jika berpindah sekolah) dan maklumat keluarga (supaya pihak pengurusan PERMATApintar, KPM/JPN/PPD dapat menghubungi keluarga pelajar bagi urusan ujian UKM2 dan tawaran ke program perkhemahan cuti sekolah).

2. Perlu diingatkan bahawa pelajar tidak dibenarkan mendapatkan bantuan dari orang lain semasa menjawab soalan dalam ujian saringan ini. Pelajar hanya dibenarkan mengambil ujian saringan ini sekali sahaja. Pelajar perlu memasukkan maklumat peribadi, sekolah dan ibu bapa atau penjaga sebelum memulakan ujian saringan ini. Ibubapa, penjaga atau guru dibenarkan membantu pelajar untuk memasukkan maklumat pelajar, sekolah dan ibu bapa atau penjaga sahaja. Sekiranya orang dewasa yang membuatkan ujian ini untuk pelajar dan pelajar berjaya untuk menduduki UKM2, orang dewasa telah menganiaya pelajar berkenaan dan juga menyusahkan pihak kami mengaturkan sesi ujian dan pusat ujian. Setiap tahun kami dapati ada beberapa pelajar tidak dapat melakukan ujian UKM2 termasuk tidak tahu menggunakan komputer. Setelah ditemu bual, pelajar memberitahu bahawa mereka tidak pernah mengambil ujian UKM1; ujian dibuat oleh orang lain. Kami juga dapat mengesan ada guru yang membuat ujian ini untuk pelajar.

3. Terdapat aduan yang pihak kami terima iaitu mengambil masa yang lambat untuk mengakses laman ujian ini. Server ujian sentiasa dipantau penggunaannya dengan jumlah pengguna yang bersesuaian. Jika terdapat kelambatan mengakses, ia berkemungkinan kelajuan internet di sekolah yang menghadapi masalah kerana ia boleh menampung beberapa pengguna serentak dalam sekolah berkenaan.

4. Terdapat panggilan telefon kepada kami. Pihak kami amat menghargai jika sebarang kemusykilan atau pertanyaan diajukan melalui emel permatapintar@ukm.my kerana komunikasi ini direkodkan dan pihak kami akan memanjangkan kepada pihak lain yang dipertanggungjawabkan.