Sarana Ibu Bapa

Apa itu Sarana Ibu Bapa?

Sarana Ibu Bapa merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah demi kecemerlangan masa hadapan negara Malaysia yang tercinta.

Sarana : (Segala) sesuatu yang dapat digunakan sebagai alat dan sebagainya untuk mencapai atau melaksanakan sesuatu.
- Kamus Dewan Edisi Keempat

 

SARANA IBU BAPA DAN SARANA SEKOLAH DI BAWAH PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013

SASARAN

Ibu Bapa
Membina kesedaran dan kesediaan mental menghadapi perubahan pedagogi dan pentaksiran
Memberi panduan kepada IB bagaimana membimbing anak membuat keputusan dan menyelesaikan masalah

Komuniti
Membina kesedaran dan kesediaan masyarakat menghadapi perubahan dalam pendidikan
Meningkatkan penglibatan ahli komuniti dalam aktiviti pembelajaran murid dalam dan luar sekolah.

 

TUJUAN (SARANA IBU BAPA)

  • Meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anakanak.
  • Membantu ibu bapa meningkatkan penglibatan mereka dalam pembelajaran anak melalui Soal Selidik Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pembelajaran Anak-Anak
  • Dapatan analisa soal selidik berupaya mengukur tahap penglibatan IB dalam pembelajaran anak mereka
  • Berdasarkan hasil dapatan soal selidik IB dapat meningkatkan usaha mereka dalam mendidik dan membimbing anak
  • Memberi panduan kepada ibu bapa berkaitan peranan mereka dalam membantu pembelajaran anak
  • Memberi beberapa contoh amalan terbaik berkaitan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak

 

PENGLIBATAN IBU BAPA

  • Penglibatan ibu bapa (IB) dalam pembelajaran anak sangat penting
  • Terbukti bahawa ibu bapa yang terlibat secara aktif dalam pendidikan anak menghasilkan anak yang berjaya dalam kehidupan mereka
  • Ibu bapa perlu peka kepada 4 perkara berikut:
    1. Penyediaan suasana pembelajaran di rumah
    2. Interaksi sosial dengan anak
    3. Komunikasi dengan anak
    4. Sokongan terhadap kecemerlangan anak

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>