Mon-Fri:8:00-17:30

SK CONVENT (1) BUKIT NANAS

KUALA LUMPUR

SLOGAN SEKOLAH
"SKCBN1 Excellent"
1
Orang Pelajar
50
Kelas DLP (Dual Language Programme)
50
Kelas Non DLP
100
Tenaga Pengajar
50
Staff

sEJARAH sEKOLAH

SK Convent (1) Bukit Nanas ditubuhkan pada 1 Mac 1899 oleh tiga mubaligh dari Singapura iaitu Mother St. Andre, Sister Sabine dan Sister Madeline. Tujuan asal penubuhan adalah sebagai sekolah dan rumah anak yatim dengan mendirikan sebuah pondok kecil di tapak Hotel Eastern Berhad, di seberang Jalan Ampang kini. Bilangan gurunya pada masa itu seramai empat orang dan muridnya dua belas orang.

Pada tahun 1901, sekolah ini dipindahkan ke sebuah bangunan di Jalan Brickfields dan mempunyai seramai 114 orang murid. Reverand Mother Augustine telah dilantik menjadi Guru Besar SK Convent Bukit Nanas yang pertama iaitu dari tahun 1907 hingga 1911. Pada tahun 1911, sekolah ini sekali lagi telah berpindah tempat. Kali ini di Jalan Bukit Nanas iaitu di tempat ianya berdiri sekarang. Bilangan muridnya ialah seramai 308 orang. Reverand Mother Taracissins menjadi guru besarnya hingga 1923. Tahun 1958, sekolah ini diasingkan kepada Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Oleh kerana bilangan murid di sekolah rendah telah mencecah lebih 1000 orang, ianya telah dipecahkan kepada dua buah sekolah yang berasingan. Sekolah Rendah Convent Satu mempunyai 500 orang murid manakala Sekolah Rendah Convent Dua mempunyai 549 orang murid.

Sekolah ini mula didaftarkan dengan nama SRK Convent Bukit Nanas Satu pada tahun 1958. Bilangan kelas dari darjah satu hingga darjah enam ialah sebanyak dua belas buah kelas. Guru Besar SRK Convent Bukit Nanas Satu yang pertamanya ialah Cik Monica Rozario dan beliau telah berkhidmat sehingga tahun 1961. Bilangan guru pada masa itu ialah seramai 13 orang. Selepas itu, Guru Besar berkhidmat silih berganti sehinggalah sekarang.


Bangunan asal sekolah ini terdiri daripada dua blok. Blok utama mempunyai 3 tingkat manakala blok kedua mempunyai hanya 2 tingkat. Kedua-dua blok ini disambungkan dari dewan di tingkat bawah dan chapel di tingkat atas. Bangunan ini dibina secara berperingkat iaitu pada tahun 1911, 1914 dan 1920. Pada waktu itu, pembinaannya telah ditanggung oleh pihak mubaligh. Luas kawasan sekolah ialah empat ekar termasuk kawasan Sekolah Menengah dan Convent Dua.


Dalam pelaksanaan Skim Aziz pada tahun 1970, pihak Kementerian Pendidikan telah memainkan peranan yang lebih penting dalam pentadbiran sekolah. Sejak itu, bilangan murid dan kelas tidak bertambah kerana kekurangan bilik darjah dan juga padang permainan.


Sekarang, sekolah ini merupakan sebuah sekolah kawalan di mana penempatan murid adalah ditentukan oleh pihak Kementerian Pendidikan. Dan sekolah ini juga merupakan Sekolah Bantuan Modal. Pada tahun 2013, Sekolah telah diiktiraf dengan rasminya sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi, di mana kebitaraannya adalah dalam Bahasa Inggeris dan Gimrama. Guru Besar yang terkini ialah Pn. Indrani A/P Letchumanan yang telah mula berkhidmat pada tahun 2017. Bilangan guru terkini ialah seramai 30 orang.

VISI & MISI

VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

LAGU SEKOLAH

81d287779268141132a49f5d0fe4b85b2dfe11e065412fe6ac8452a7e4a30cb5

English version

CBN

The shining star of my life

You will always glow within me

And through me you will shine forth

A new light others will follow.

CBN

With us your memory will stay

You will always light the way

Show us our strengths and our hopes,

CBN, our star forever more.

So hear our song sung with spirits strong

We, the girls of CBN today

Will lift up our motto and strive to be

Simple in virtue, steadfast in duty

So hear our song sung with spirits strong

We the girls of CBN today

The youth of tomorrow, we promise to be true

For CBN, we love you.


- English Lyrics by Eileen Lau

DAFTAR ONLINE

Daftar Masuk